Monday 7 March 2011

KESIMPULAN


        Sebagai kesimpulannya,kita perlulah mengejar ilmu dunia seimbang dengan ilmu akhirat.Ini dapat memotivasikan diri kita sendiri.Dengan adanya ilmu akhirat akan mengelakkan kita daripada melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran islam.Ianya juga dapat dijadikan sebagai garis panduan dalam meneruskan kehidupan seharian kita.Selain itu,kita juga perlulah sentiasa memohon pertolongan daripada Allah SWT apabila berada dalam kesusahan.Ini akan menyebabkan kita tidak akan sesat dalam menempuhi dugaan hidup.Untuk memastikan perjalanan kehidupan lancar, kita perlulah sentiasa memanjatkan doa kepada Allah.Mudahan segala urusan kita akan menjadi mudah kerana mendapat pertolongan daripada Allah SWT.Jika kita sering meminta sesuatu dengan Allah INSYALLAH kita akan dapat apa yang kita hajati.Hal ini kerana Allah itu Maha Memberi kepada hambanya.Pada masa yang sama kita perlulah sentiasa mengingati ibu bapa kita dalam melakukan sesuatu perkara.Hal ini kerana tidak sewajarnya kita melupakan mereka dalam kehidupan kita.Ibu bapa adalah insan yang paling penting dalam kehidupan kita.Kita seharusnya ingat akan pengorbanannya terhadap kita.Mereka sanggup menjaga kita dari kecil sampai besar tanpa mengira penat dan lelah.Tanpa mereka siapalah kita pada masa ini.Kejayaan kita adalah bermula daripada mereka.

No comments:

Post a Comment