Monday 7 March 2011

PENGHARGAAN

  ASSALAMUALAIKUM WBT…..
                   
           Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan inayahNya dapatlah saya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh ustaz.Setelah mengumpul pelbagai maklumat yang diperlukan akhirnya saya dapat menghasilkan satu blog yang berkaitan dengan tokoh seorang pak imam.Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Abdul Aziz kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya tentang bagaimana garis panduan yang perlu di lakukan  untuk menyiapkan blog ini.Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih kepada pak imam kerana sanggup member kerjasama yang begitu memuaskan semasa sesi temubual diadakan.Beliau begitu lancar dalam menjawab soalan yang dikemukakan.Ini secara tidak langsung memudahkan lagi tugasan saya dalam menyiapkan projek ini.Ucapan jutaan terima kasih juga ditujukan kepada ayah dan keluarga kerana banyak membantu saya memberikan pendapat yang bernas dalam menjayakan projek ini.Mereka juga banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya.Selain itu,ribuan penghargaan juga ditujukan kepada kawan-kawan yang banyak membantu dalam memberi idea dan pendapat untuk menjayakan projek ini.Mereka banyak memberi pendapat dan tidak teragak-agak dalam memberi kerjasama yang utuh kepada saya.Akhir kata saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada  semua yang telah banyak memberi kerjasama kepada saya dalam menjayakan kerja khusus ini

Sekian, Wassalam…

LATAR BELAKANG TOKOH


             Tokoh yang saya pilih bernama Tuan Hj Baharom Bin Ibrahim .Beliau di lahirkan pada 9 October 1947 dan sekarang beliau berumur 64 tahun.Sekarang beliau menetap di No 30 Jalan Teja 4 RPA ,Arau 02600,Arau Perlis.Beliau mempunyai seorang isteri dan lima orang anak iaitu tiga lelaki dan dua perempuan.Semua anak beliau masih lagi menuntut di IPT.Beliau merupakan seorang yang mempunyai pendirian yang tegas dalam menjalankan semua tugasan samada tugasan yang berkaitan dengan pekerjaan atau pun dalam mendidik anak-anak.Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Batu 6 Kedah iaitu selama 6 tahun.Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Agama Nahdatul Hasanah,Batu Melele,Kedah.Beliau mendapat pendidikan disini dari tingkatan satu hingga lima.Setelah tamat pengajian beliau tidak lagi melanjutkan pengajian tetapi beliau telah mula menceburkan diri dalam dunia pekerjaan.Pada tahun 1983 beliau mula bekerja di Jabatan Hal Ehwal Agama Perlis dan memegang jawatan sebagai Pembantu Hal Ehwal Islam di jabatan itu.Semasa memegang jawatan ini pelbagai peranan dan sumbangan telah diberikan oleh beliau kepada masyarakat.Beliau memegang jawatan ini selama 22 tahun iaitu 1993 hingga tahun 2005.Pelbagai pengalaman dapat di timba oleh nya semasa bekerja di jabatan ini.Setelah pencen pada tahun 2005 beliau telah mula berjinak dalam bidang yang berkaitan dengan imam.Pada tahun 2005 beliau telah di lantik  menjadi seorang imam oleh Pejabat Agama Islam Perlis.Selain memegang jawatan imam beliau juga menjalankan tugasan sebagai jurunikah atau lebih tepat lagi sebagai Penolong Pendaftar Perkahwinan.Beliau telah menghadapi pelbagai liku perjalanan samada yang manis atau pun sebaliknya semasa memegang jawatan ini.Beliau dilantik menjadi imam di Masjid Muhammadiah Kg Guar Gajah Arau Perlis.Beliau menggalas tanggungjawab yang besar yang besar dalam mengimarahkan masjid.Selain imam beliau juga merupakan guru tahmid masjid dan penceramah bagi kursus perkahwinan.

                                             HJ BAHAROM BIN IBRAHIM

KENAPA MINAT DENGAN JAWATAN IMAM

            Menurut Hj Baharom belaiu ingin berkhidmat sebagai seorang imam kerana beliau mahu berbakti kepada seluruh masyarakat samada masyarakat bandar mahupun kampong.Selain itu,beliau juga ingin memantapkan lagi pengetahuan nya tentang ilmu agama.Hal ini kerana beliau berpendapat bahawa ilmu agama perlu di pertingkatkan untuk kemudahan duniawi dan ukhrawi.Beliau juga mengatakan bahawa beliau mahu berkongsi ilmu pengetahuan agama yang sedia ada dalam dirinya dengan masyarakat sekeliling.Beliau berpendapat ilmu agama perlu di kongsi supaya ilmu yang diperolehi akan lebih mendapat kerahmatan dan keberkatan apabila kita mempelajarinya.Hj Baharom juga mahu mendidik masyarakat terutama anak-anak muda supaya lebih berminat dalam mendalami ilmu agama dan secara tidak langsung bersama-sama mengimarahkan lagi suasana di masjid.Beliau mahukan masyarakat pada masa kini lebih prihatin dan sensitif tentang isu yang berkaitan dengan agama islam .Hal ini kerana beliau berpendapat masyarakat sekarang mengambil sikap endah tidak endah mengenai agama.Oleh yang demikian,beliau mahu menjadi imam kerana mahu berbakti untuk agama dan masyarakat.Menurutnya apabila beliau mencurahkan khidmat kepada masyarakat mengenai hukum  agama ianya dapat memantapkan lagi pengetahuannya tentang agama islam.

MASALAH YANG DIHADAPI


           Dalam mengharungi pahit manis kerjaya sebagai seorang imam dan juga pegawai penguatkuasa terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh beliau.Diantaranya masalah yang berkaitan dengan kes khalwat.Sebagai pegawai pencegahan maksiat beliau terpaksa mengharungi pelbagai masalah dalam menyelesaikan masalah tersebut.Beliau terpaksa berdepan dengan dengan risiko semasa menjalankan serbuan terhadap mereka yang melakukun perkara haram ini.Beliau menggunakan pelbagai cara dalam menyelesaikan masalah ini.Terdapat juga masyarakat yang tidak berpuas hati dengan tugasnya.Hal ini kerana mereka menganggap pegawai penguatkuasaan hanya mahu campur tangan dalam urusan mereka.Mereka tidak sukadilakukun seperti itu.Mereka hanya fikir tentang keseronokan dunia sahaja.Terdapat juga masyarakat mengambil tindakan yang drastik apabila mereka diserbu.Selain itu,mereka juga menghadapi masalah dengan pihak polis.Ini kerana mereka perlu bekerjasama dengan pihak polis untuk menjalankan aktiviti penyerbuan.Ketika menjalankan aktiviti terdapat perbezaan pandangan di antara kedua belah pihak.Oleh yang demikian mereka perlu berbincang dengan lebih lanjut tentang bagaimana cara yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut.Kadang-kadang berlaku perselisihan faham diantara mereka.Perundingn yang teliti perlu diadakan dengan kedua pihak.Pada masa yang sama beliau juga menghadapi masalah dengan penduduk kampong.Ini kerana ramai dalam kalangan mereka mengambil keputusan yang tidak betul dengan melakukan perkahwinan diluar kawasan atau daerah.Sedangkan mereka perlu mendaftar perkahwinan di dalam daerah yang telah ditetapkan.Ini menimbulkan kesulitan bagi beliau untuk menangani masalah ini.Kebanyakan masyarakat tidak kisah tentang perkara ini sedangkan ini adalah perkara yang perlu di ambil peduli oleh mereka.Beliau terpaksa memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah ini.Di samping itu,sebagai imam beliau perlu memikul tanggungjawab yang besar.Beliau terpaksa memikirkan bagaimana cara untuk menarik perhatian masyarakat supaya berminat dengan ajaran islam.Beliau bimbang apa yang disampaikan oleh beliau tidak tidak mendapat kepuasan hati masyarakat.Namun beliau tetap sabar dan meneruskan khidmatnya.Masalah yang seterusnya ialah pada masa sekarang tidak ramai orang yang berjemaah di surau.Beliau amat sedih bila memikirkan perkara ini.Beliau berpendapat masyarakat lebih mengejar harta dunia berbanding harta akhirat.



PENYELESAIAN MASALAH


            Untuk menangani masalah beliau terpaksa mengambil pelbagai langkah penyelesaian.Ini adalah untuk memberi kebaikan kepada semua pihak .Beliau telah mengadakan kerjasama yang bersepadu dengan pihak polis untuk mengatasi masalah ini.Dengan adanya kerjasama ini ianya dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.Keputusan yang di buat juga efektif dan cekap.Ini dapat mengurangkan masalah kepada mereka.Walaupun terdapat pelbagai masalah beliau tetap tabah dan sabar dalam menghadapinya.Beliau tetap berjuang untuk berbakti kepada masyarakat.Baginya dengan ada nya cabaran akan menyebabbkan beliau lebih gigih dalam menyebarkan ilmu agama.Pendekatan lain yang dilakukan untuk menarik minat masyarakat untuk mengimarahkan masjid adalah beliau memberi penerangan kepada masyarakat tentang kebaikan menunaikan solat secara berjemaah.Ini secara tidak langsung memberi kesedaran kepada penduduk.Selain itu beliau juga sering menyampaikan ceramah kepada masyarakat.Dengan adanya program seperti ini menyebabkan penduduk lebih berminat untuk menghadirkan diri ke masjid.Kadang-kadang pada hari minggu beliau mangadakan majlis ilmu di masjid.Beliau menjemput penceramah untuk memberi ceramah kepada penduduk.Tindakan ini akan menyebabkan lebih ramai orang datang dan memberi galakan  yang amat memberansangkan.







SUMBANGAN SEBAGAI PEMBANTU HAL EHWAL AGAMA


             Semasa beliau menjawat jawatan ini terdapat pelbagai sumbangan telah disumbangkan oleh beliau untuk masyarakat dan juga kepada jabatan tersebut.Antaranya ialah beliau ditugaskan menjadi pegawai penguatkuasaan.Sebagai pegawai penguatkuasa beliau telah banyak memberi sumbangan dalam membanteras pelbagai aktiviti yang tidak elok disisi undang-undang.Beliau terlibat dengan unit pencegahan maksiat.Oleh yang demikian beliau banyak memainkan peranan dalam mengatasi masalah ini.Jika terdapat aduan beliau akkan bergegas ke tempat kejadian untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.Selain itu,beliau juga banyak memberi pandangan kepada jabatan tentang bagaimana cara untuk membangunkan lagi jabatan mereka.Hal ini kerana dengan pemantapan jabatan mereka akan menyebabkan masyarakat lebih yakin tentang peranan yang di mainkan oleh jabatan mereka.Beliau juga banyak memberi sumbangan dalam menyelesaikan kes-kes yang ditangani oleh beliau.Hal ini kerana terdapat pelbagai kes yang dihadapi seperti masalah yang berkaitan dengan agama islam.Masalah seperti sumbang mahram,maksiat  yang berleluasa sekarang dapat ditangani dengan cara yang berkesan oleh beliau.Pelbagai pendekatan yang dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini.Dengan kerjasama yang padu diantara pegawai yang lain menyebabkan masalah dapat ditangani dengan mudah dan efektif.

SUMBANGAN SEBAGAI SEORANG IMAM


            Selama 6 tahun bergelar imam pelbagai sumbangan telah diberikan oleh beliau kepada masyarakat dan juga kepada institusi masjid itu sendiri.Sebagai seorang imim yang mempunyai sifat pemurah beliau acap kali menganjurkan majlis berbuka puasa pada bulan Ramadhan.Ini kerana sedikit sebanyak beliau merasakan yang beliau dapat membantu penduduk dalam mengeratkan lagi silaturahim.Ini juga dapat menyebabkan masyarakat lebih berminat untuk menyertai program yang berkaitan dengan agama islam.Di samping itu.beliau juga banyak memberi sumbangan untuk kebajikan anak-anak yatim yang sememangnya memerlukan bantuan bantuan dari segi makanan dan kewangan.Dengan adanya sumbangan seperti ini akan menyebabkan anak-anak yatim merasakan diri mereka lebih dihargai oleh orang ramai.Ini juga secara tidak langsung memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya membantu dan meringankan beban mereka yang tidak berkemampuan ini.Selain itu,beliau juga acap kali mengadakan ceramah bagi dijadikan sebagai halwa telinga orang ramai.Beliau selalu nya dijemput menjadi penceramah jemputan dimana-mana masjid yang memerlukan khidmat ceramah daripadanya.Beliau menyampaikan ceramah berkaitan dengan topik yang bersesuaian dengan program yang dianjurkan.Ceramah yang disampaikan oleh beliau merupakan satu ilmu yang ingin dikongsi bersama dengan orang ramai.Beliau menyampaikan ceramah dengan hati yang ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan samada dari segi kewangan ataupun sebaliknya.Beliau menyampaikan ceramah dengan hati yang ikhlas kerana Allah SWT.Hj Baharom mengatakan ilmu yang ada dalam diri nya perlu dikongsi bersama dengan masyarakat kerana menuntut ilmu adalah suatu kewajipan.Sesuai dengan pepatah melayu yang mengatakan kejarlah ilmu walaupun sampai ke negeri China.Beliau sedaya upaya mencurahkan ilmu yang ada kepada masyarakat.Pada masa yang sama beliau banyak kali menganjurkan majlis gotong-royong secara berkumpulan bagi membersihkan kawasan persekitaran masjid.Ini untuk membersihkan kawasan masjid dan secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturrahim sesama islam.Beliau menganjurkan program seperti ini secara sebulan sekali,ini menyebabkan masyarakat boleh bertegur sapa sesama sendiri.Beliau juga sering mengimamkan solat jemaah dimasjid.Solat lima waktu mahupun solat jumaat sudah lali dengan kehidupan beliau.Di samping itu,beliau juga mengimamkan solat jenazah.Jika terdapat pelbagai masalah yang berkaitan dengan agama islam atau sebaliknya  penduduk kampong akan datang menemuinya untuk mendapatkan nasihat dan juga cara penyelasaiannya.Beliau mempunyai minat yang mendalam dalam memberikan khidmat nasihat kepada orang ramai.Ini kerana beliau fikir banyak kebaikan yang akan diperolehi jika memudahkan urusan orang lain.Beliau banyak memberikan sumbangan kepada masyarakat dan masjid.Sumbangan yang diberikan dianggap sebagai satu khidmat social dan juga sebagai tuntutan dalam islam.



HARAPAN


          Dalam mengakhiri perbualan yang diadakan beliau sempat menyampaikan beberapa harapan beliau kepada generasi akan datang.Diantaranya ialah beliau berharap para jemaah berpuas hati dengan khidmatnya sebagai seorang imam.Beliau telah sedaya upaya memberikan khidmat yang terbaik semasa menjalankan tugasnya.Kepada semua pelajar beliau berharap agar sentiasa mengikut perintah Allah.Solat lima waktu perlulah di tunaikan untuk mendapat kesempurnaan kehidupan.Beliau juga berharap agar pelajar belajar dengan bersungguh-sungguh dan jangan hampakan harapan orang tua kita.Selain itu,beliau juga berpesan supaya sentiasa mengingati ibu bapa dalam melakukan sesuatu perkara.Ini kerana ibu bapa sangat penting dalam kehidupan kita.Tanpa mereka siapalah kita.Jasanyaperlulah dikenang oleh kita semua.Pada masa yang sama beliau juga berharap yang penduduk sentiasa mengerjakan solat lima waktu secara berjemaah di masjid.Katanya solat berjemaah akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda dari solat secara bersendirian.Beliau amat berharap yang penduduk memberi pandangan yang serius terhadap perkara ini.Akhir kata beliau mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar.Pesanan terakhir beliau agar pelajar mengejar ilmu dunia seimbang dengan ilmu akhirat.Ini akan menyebabkan kita merasa kehidupan kita akan lebih bermakna kelak.Dengan adanya ilmu akhirat ianya dapat mengelakkan kita daripada tersesat hidup di dunia.Ilmu itulah menjadi penentu kehidupan di dunia.Dengan adanya ilmu itu akan menyebabkan kehidupan di akhirat akan terjamin.