Monday 7 March 2011

HARAPAN


          Dalam mengakhiri perbualan yang diadakan beliau sempat menyampaikan beberapa harapan beliau kepada generasi akan datang.Diantaranya ialah beliau berharap para jemaah berpuas hati dengan khidmatnya sebagai seorang imam.Beliau telah sedaya upaya memberikan khidmat yang terbaik semasa menjalankan tugasnya.Kepada semua pelajar beliau berharap agar sentiasa mengikut perintah Allah.Solat lima waktu perlulah di tunaikan untuk mendapat kesempurnaan kehidupan.Beliau juga berharap agar pelajar belajar dengan bersungguh-sungguh dan jangan hampakan harapan orang tua kita.Selain itu,beliau juga berpesan supaya sentiasa mengingati ibu bapa dalam melakukan sesuatu perkara.Ini kerana ibu bapa sangat penting dalam kehidupan kita.Tanpa mereka siapalah kita.Jasanyaperlulah dikenang oleh kita semua.Pada masa yang sama beliau juga berharap yang penduduk sentiasa mengerjakan solat lima waktu secara berjemaah di masjid.Katanya solat berjemaah akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda dari solat secara bersendirian.Beliau amat berharap yang penduduk memberi pandangan yang serius terhadap perkara ini.Akhir kata beliau mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar.Pesanan terakhir beliau agar pelajar mengejar ilmu dunia seimbang dengan ilmu akhirat.Ini akan menyebabkan kita merasa kehidupan kita akan lebih bermakna kelak.Dengan adanya ilmu akhirat ianya dapat mengelakkan kita daripada tersesat hidup di dunia.Ilmu itulah menjadi penentu kehidupan di dunia.Dengan adanya ilmu itu akan menyebabkan kehidupan di akhirat akan terjamin.


No comments:

Post a Comment